Selain muzik latar, kesan bunyi juga memainkan peranan penting di dalam permainan video, ia akan membantu untuk menjadikan sesuatu adegan dan persekitaran terasa mendalam.

Minggu lepas, penyelia pereka bunyi untuk PlayStation Mike Niederquell berkongsi bagaimana mereka merakam pelbagai kesan bunyi untuk permainan God of War.

Beliau juga mengatakan untuk memastikan kesan bunyi di dalam God of War adalah unik, mereka cuba sedaya yang boleh untuk merakam kesan bunyi baharu.

Di dalam video yang dikongsi, diperlihatkan mereka menggunkan pelbagai barangan seperti kayu, drum dan juga belon. Anda boleh menonton video tersebut melalui Twitter yang dikongsi oleh Mike Niederquell kami sertakan di bawah.

God of War sudah dikeluarkan pada tahun 2018 secara eksklusif untuk PlayStation 4. Ia merupakan, permainan terbaik kami untuk tahun tersebut dan boleh baca ulasan kami melalui pautan ini – Ulasan God Of War – Permainan Terbaik Dan Epik Buat Siri Tersebut.

Sohor Kini