Beberapa minggu lepas, Netflix melancarkan siri The Witcher secara rasmi di platform penstriman tersebut yang mana ianya mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan peminat di mana bukan sahaja penceritaannya dipuji, malah peminat juga menyukai lakonan Henry Cavill sebagai Geralt.

Dengan sambutan yang baik tersebut, tampaknya ianya juga membuahkan kesan yang positif buat permainan The Witcher 3: Wild Hunt di mana hari ini, permainan tersebut dilaporkan mempunyai jumlah pemain serentak sehingga 94,651 melalui laporan Steam Stats.

Semestinya jumlah ini tidak setinggi permainan multi-pemain lain, namun untuk sesuatu permainan solo yang dilancarkan empat tahun lepas, jumlah ini semestinya adalah jumlah yang sangat tinggi. Semestinya jumlah ini hanyalah jumlah di Steam sahaja dan kami di Aksiz juga percaya jumlah tersebut pasti akan meningkat jika dicampur dengan pemain-pemain di konsol.

Tambahan itu, permainan ini juga kini ditawarkan dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM31.19 sahaja melalui Steam yang mana pasti menarik minat buat mereka baru dengan siri ini.

Jadi bagi anda yang masih belum memiliki permainan ini, selepas sahaja anda menonton siri Netflix The Witcher, anda mungkin berminat untuk mendapatkannya di Steam ataupun di konsol yang mana ianya telah pun dilancarkan pada 2015 lepas.

Sohor Kini