E3 tahun lepas, GungHo Online mengumumkan permainan baharu Ninjala buat konsol Switch yang mana ianya mendapat perhatian ramai atas sebab visualnya yang kelihatan seakan permainan Splatoon. Meskipun begitu, Jun lepas, GungHo Online mengumumkan permainan tersebut akan ditundakan dan bakal tiba sekitar tahun hadapan.
Terkini melalui laporan Nikkei, GungHo Online kelihatan menaruh harapan yang agak tinggi buat permainan tersebut. Kazuki Morishita, iaitu presiden GungHo Online juga menyatakan bahawa permainan ini juga mempunyai konsep E-Sukan yang mana pasti akan menarik pemain buat semua lapisan umur, termasuklah pemain veteran mahupun pemain baharu.
Selain itu, beliau juga berharap agar permainan Ninjala ini akan tingkatkan lagi pendapatan buat syarikat tersebut yang mana buat masa ini, sebanyak 40% pendapat syarikat tersebut adalah berdasarkan pasaran global dan mereka ingin tingkatkannya sehingga 70% dengan pelancaran Ninjala.
Semestinya dengan sasaran ini, kami percaya GungHo Online pasti akan melancarkan satu permainan yang baik melalui Ninjala di mana kami percaya dengan tundanya permainan tersebut, mereka pasti mempunyai masa yang lebih untuk membangunkan dengan kualiti optimum.