November lepas, Paramount telah berkongsi trailer baharu untuk filem Sonic di mana ia memperlihatkan rekaan baharu untuk Sonic selepas rekaan dikritik kerana nampak sangat berbeza dengan rekaan asal.

Minggu lepas, Paramount Jepun telah berkongsi satu lagi trailer baharu yang memperlihatkan Sonic waktu kecil, ini menandakan filem Sonic kelak akan juga berkisarkan kisah asal untuk Sonic.

Trailer tersebut boleh ditonton di bawah, buat masa ini ia hanya hadir dalam bahasa Jepun.

Filem Sonic the Hedgehog akan dikeluarkan pada 14 Februari 2020.

Sohor Kini