Titans musim pertama berakhir dengan Superboy keluar dari satu mesin dan turut kelihatan adalah anjing beliau Krypto. Musim kedua pula akan memfokuskan lebih banyak adiwira dan lebih banyak penjahat. Antara penjahat yang akan diperlihatkan adalah Deathstorke, dan Bruce Wayne juga akan muncul dalam siri TV ini. Musim kedua dilihat akan mengimbau kembali kenangan zaman animasi Cartoon Network Teen Titans.

Musim kedua sudah pun habis disiarkan di DC Universe. DC Universe terhad untuk beberapa negara sahaja seperti di Amerika Syarikat. Jadi untuk siaran global ia akan disiarkan di Netflix seperti musim pertama. Titans musim kedua akan tiba di Netflix pada 10 Januari 2020. Jika anda tonton rentas-siri Arrowverse Crisis On Infinite Earth, Titans dikatakan berada dalam dunia yang sama – tetapi bumi mereka telah musnah. Persoalannya bila?

Ini kerana, Titans sudah pun disahkan akan bersambung dengan musim ketiga pada tahun hadapan. Jadi mungkin, kita akan lihat penjelasan untuk musim ketiga kelak.

Sohor Kini