Informasi Permainan Video Terkini
Cukai Digital Akan Dikenakan Untuk Pembelian Di PlayStation Store Bermula Januari 2020

Cukai Digital Akan Dikenakan Untuk Pembelian Di PlayStation Store Bermula Januari 2020

Diterbitkan pada Dis 27, 2019 oleh .

Selari dengan pengumuman kerajaan yang mengumumkan bahawa cukai SST 6 peratus akan dikenakan untuk pembelian dari platform-platform jual-beli atas talian, pihak PlayStation Asia telah mengumumkan bahawa cukai tersebut akan diperkenalkan bermula 1 Januari 2020.

Menurut kenyataan PlayStation Asia, walaupun cukai tersebut akan diperkenalkan pada hari pertama Januari, tanda-tanda harga permainan video di PlayStation Store akan dikemaskini pada 4 hingga 6 Januari 2020.

PlayStation Asia mengumumkan walaupun permainan-permainan video akan memperlihatkan kenaikan dari segi harga, tanda harga untuk perkhidmatan PlayStation Plus tidak akan memperlihatkan kenaikan dari segi harga, dan top-up untuk dompet PlayStation Store tidak akan dikenakan cukai SST tersebut.


TIPS & ULASAN