Sebelum ini kami berkongsi yang mana Capcom akan melancarkan permua khas berdasarkan siri Mega Man X iaitu Mega Man X DiVE yang mana ianya kelihatan adalah satu permainan koperasi multi-pemain yang memfokuskan dunia Mega Man X.
Terkini melalui akaun rasmi Twitter Capcom Taiwan, mereka menyatakan bahawa permainan tersebut ditunda dan akan dilancarkan sekitar suku pertama tahun hadapan.
Menariknya, Capcom juga mengadakan pertandingan untuk mereka senjata buat watak-watak di dalam permua tersebut yang mana ianya sudah pun berlangsung dan akan tamat sekitar awal Januari depan. Menariknya, ia juga menyertakan pelbagai hadiah-hadiah menarik seperti figura Mega Man X dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut dan melihat kemaskini yang sering dikongsikan oleh Capcom, anda boleh terus ke laman rasmi Facebook permainan tersebut yang mana kelihatan mereka sering mengadakan pelbagai pertandingan kecil dan sebagainya.