Skip to main content

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Kingdom Hearts 3 bakal menerima kandungan DLC baharu menjelang bulan hadapan yang mana ianya kini sudah boleh dipra-tempah di PlayStation 4 dengan harga RM129.

Sebelum ini kami juga kongsikan senarai kandungan DLC yang akan disertakan iaitu:

  • Kandungan penceritaan baharu
  • Episod Limitcut
  • 13 ketua musuh baharu
  • Episod rahsia dan ketua musuh
  • Fungsi persembahan slaid
  • Menu premium untuk tahap kesukaran baharu

Terkini, Square-Enix akhirnya berkongsi informasi lanjut berkenaan DLC tersebut dengan lebih mendalam melalui laman rasminya yang diterjemahkan oleh laman Siliconera.

Antara kandungan yang disahkan adalah penceritaan sebelum pertarungan akhir di dalam Kingdom Hearts 3 iaitu ketika Sora ke Keyblade Graveyard di mana beliau menjejak hati-hati tujuh daripada Guardians Of Light dan mengetahui lebih lanjut berkenaan pertempuran mereka.

Selain itu, DLC ini juga disahkan akan mempunyai kandungan penceritaan yang memfokuskan watak dan rakan lama daripada siri Kingdom Hearts, yang mana kami pasti ianya adalah berkenaan watak-watak Final Fantasy seperti Aerith, Leon dan Yuffie.

Dari segi episod Limit Cut dan ketua musuh, pemain berpeluang untuk bertempur kesemua 13 ahli Organization XII dengan tahap kesukaran yang lebih tinggi.

Dari segi watak yang boleh dimainkan, antara watak yang disahkan boleh dimainkan adalah Riku, Aqua, Roxas dan Kairi. Namun Square-Enix juga mengesahkan akan terdapat lebih ramai watak yang boleh dimainkan dan pemain jugaboleh lakukan pelbagai serangan kombinasi bersama-sama watak tersebut.

Namun buat masa ini, menurut Square-Enix, informasi lain akan diumumkan kemudian. Namun mereka masih lagi menyenarai beberapa perkara baharu yang bakal mereka sertakan seperti Greeting Mode, Slideshow Function, Premium Menu, Secret Episode, Secret Boss dan English Mode (untuk pasaran Jepun).

Dari segi kemaskini 1.07 yang bakal tiba secara percuma buat semua pemain, kemaskini ini juga disahkan akan tiba Januari 2020 ini yang mana ia akan sertakan kemahiran baharu, dua senjata Keyblade baharu iaitu Oathkeeper dan Oblivian bersama-sama dengan serangan penukaran “Formchanges” dan fungsi perkongsian yang dikembangkan.

Kingdom Hearts 3 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. DLC Re:Mind pula disahkan bakal tiba 23 Januari 2020 ini buat konsol PlayStation 4 dan bagi konsol Xbox One ianya bakal tiba 25 Februari 2020 kelak.

Leave a Reply