Jika Spotify mempunyai Wrapped untuk berkongsi laporan tahunan akitviti anda mendengar lagu, Nintendo pula menyediakan “Year in Review” untuk melakukan perkara yang sama tetapi untuk aktivit anda bermain di Switch.


Antara maklumat yang dikongsi adalah, tarikh anda mula menggunakan Switch dan juga permainan pertama yang dimainkan. Manakala untuk maklumat yang memfokuskan bagi tahun ini pula, ia berkongsi permainan yang paling banyak dimainkan pada tahun ini, jumlah jam secara keseluruhan, jumlah jam mengikut bulan dan jumlah permainan berbeza yang dimainkan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat bagi akaun anda, boleh layari – https://switch.nintendo.com/year-in-review/ dan log masuk menggunakan akaun utama Switch anda.