Skip to main content

The Pokémon Company beberapa hari lepas telah menambah dua permainan berdasarkan siri Pokémon untuk Facebook Gaming melalui platform Instant Games.

Dua permainan tersebut adalah Pokémon Tower Battle yang memerlukan pemain melawan pemain lawan untuk menyusun Pokémon setinggi yang mungkin dan memastikan ia tidak terjatuh dari platform. Saya boleh katakan ia adalah permainan yang boleh membuatkan anda ketagih.

Permainan seterusnya adalah Pokémon Medallion Battle yang merupakan permainan kad digital. Seperti permainan kad digital lain, pemain juga boleh mendapatkan pelbagai kad (Pokémon) untuk menghasilkan dek yang lebih baik.

Anda boleh memasuki Facebook Gaming tidak kira melalui pelayan di PC mahupun melalui aplikasi Facebook di peranti pintar anda untuk mencubanya. Ia tidak memerlukan sebarang pemasangan.

Leave a Reply