Skip to main content

Sebelum Resident Evil 3 Remake diumumkan secara rasmi, ia terlebih dahulu tertiris melalui Gamestat yang menjejak kandungan media baharu dimuat naik ke PSN.

Minggu ini, laman tersebut memperlihatkan pula sesuatu yang berkait dengan Final Fantasy VII iaitu icon untuk versi demo. Seperti kita sedia maklum, permainan olahan semula tersebut akan tiba pada Mac tahun hadapan, namun tiada pengesahan jika ia akan menerima versi demo.

Dengan rintisan ini, boleh dikatakan yang pemain berpeluang untuk mencuba terlebih dahulu permainan tersebut sebelum ia dikeluarkan secara penuh. Namun tidak pasti jika versi demo yang disertakan adalah seperti Final Fantasy XV iaitu berlainan dengan permainan sebenar.

Apapun, ia sudah semestinya sesuatu yang baik, terutama untuk pemain yang tidak sabar untuk mencuba. Selain itu, Patapon 2 versi olahana semula untuk PlayStation 4 turut tertiris melalui laman yang sama.

Final Fantasy VII Remake akan dikeluarkan pada 3 Mac 2020, dan disahkan akan menjadi esklusif untuk PlayStation 4 sehingga 4 Mac 2021.

Leave a Reply