Skip to main content

Pada 2 tahun lepas, Atlus melalui satu video acah (yang boleh ditonton di bawah) mengumumkan Shin Megami Tensei V akan dikeluarkan untuk Switch.

Namun, selepas daripadanya tiada maklumat lanjut yang dikongsikan, mereka juga tidak memperlihatkan sebarang kandungan baharu. Membuatkan ada pemain yang tertanya-tanya mengenai status pembangunan untuknya.

Melalui video ucapan tahun baharu, Atlus mengesahkan yang permainan tersebut masih aktif dibangunkan, namun masih tiada sebarang jangkaan tarikh ataupun kandungan yang dikongsikan.

Sekurang-kurangnya pemain kini tahun yang ia masih dibangunkan dan akan tiba suatu hari nanti.

Leave a Reply