Ogos lepas, Konami melancarkan permainan Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist: Link Evolution di konsol Switch yang mana ianya adalah permainan Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist dengan kandungan tambahan khas.

Terkini, Konami mengumumkan yang mana permainan tersebut juga disahkan bakal tiba di PlayStation 4, Xbox One dan PC menjelang tahun hadapan.

Menurut Konami lagi, mereka juga akan sertakan kemaskini baharu buat versi Switch yang mana ianya akan sertakan beberapa kad baharu yang mana akan tingkatkan jumlah kad sehingga 10,000 menjelang tahun hadapan.

Antara kad-kad baharu adalah Crystron Halqifibrax, Firewall Dragon Darkfluid dan sebagainya. Selain itu, Konami juga sahkan watak-watak baharu seperti Ai, Soulburner dan beberapa watak dari siri Yu-Gi-Oh! VRAINS juga akan tiba melalui kemaskini tersebut.

Bagi anda yang meminati siri Yu-Gi-Oh! Semestinya ini adalah pengumuman yang dinanti-nantikan di mana anda berpeluang untuk bermain permainan ini dengan kandungan baharu di platform pilihan anda.

Sohor Kini