Bagi anda yang mempunyai permainan God Of War dan tidak berkesempatan untuk mendapatkan DLC khas sempena pra-tempahan permainan tersebut tahun lepas, anda kini berpeluang untuk mendapatkannya bersempena dengan tawaran khas oleh Sony dan Santa Monica Studio.

Bersempena dengan musim percutian ini, Sony dan Santa Monica Studio menawarkan set tersebut secara percuma, yang anda boleh tebus melalui PSN Store melalui pautan di bawah.

Tawaran ini adalah percuma sehingga 6 Januari 2020 ini sahaja yang mana ianya akan sertakan:

  • Set kostum Death’s Vow Armor buat Kratos dan Atreus
  • Perisai Exile’s Guardian
  • Perisai Dökkenshieldr
  • Perisai Shining Elven Soul-Shield
  • Perisai Buckler of the Forge

Setelah anda menebus set tersebut, anda boleh menetapkannya di dalam tetapan permainan yang terdapat di lokasi menu senjata dan perisai buat Kratos dan Atreus.

God Of War telah pun dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 pada tahun lepas yang mana ianya kini ditawarkan dengan pelbagai diskaun dan dijual dengan harga serendah RM79 melalui senarai permainan PlayStation Hits.

Muat-Turun: DLC God Of War

Sohor Kini