Skip to main content

Square Enix minggu ini berkongsi trailer untuk watak baharu buat permainan pertempuran mereka Dissidia Final Fantasy NT. Watak baharu tersebut adalah Ardyn Izunia iaitu watak jahat utama dari permainan Final Fantasy VX.

Di dalam permainan ini, beliau hadir sebagai Vanguard dan akan dikeluarkan pada 9 Januari 2020. Beliau akan menggunakan pedang Rakshasa dan juga set senjata Lucii penuh.

Di dalam trailer pengumuman turut diperlihatkan beliau hadir dengan dua kostum iaitu kostum hitam (kostum terkini) dan kostum putih (iaitu pakaian lama beliau)

Dissidia Final Fantasy NT sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Leave a Reply