Melainkan anda berada di luar talian, anda pasti sudah mengetahui yang banyak kedai permainan video dalam talian menganjurkan jualan promosi bersempena akhir tahun dan juga Krismas, termasuk jugalah dengan Epic Games Store.

Epic Games Store bukan sahaja menawarkan harga jualan promosi tetapi mereka juga memberikan 1 permainan percuma setiap hari selama 12 hari. Jika anda terlepas sebelum ini, permainan baharu sudah ditawarkan, semasa penulisan ini ia adalah Little Inferno. Ia akan ditukar setiap hari sehingga 1 Januari 2020.

Selain itu, ia juga menawarkan kupon sebanyak $10 (RM41) yang boleh digunakan untuk mana-mana permainan. Menariknya, kupon tersebut juga boleh digunakan untuk permainan yang sudah mendapat potongan harga.

Contohnya Star Wars Jedi Fallen Order, yang dijual dengan harga promosi $24 (RM99), dengan kupon tersebut ia boleh didapati dengan harga $14 (RM58), untuk permainan baharu yang mendapat pelbagai ulasan positif, ia adalah sangat berbaloi.

Jika anda sudah memiliki permainan tersebut ataupun tidak berminat, kupon tersebut boleh digunakan untuk mana-mana permainan yang bernilai lebih $14.99 dan sudah dikeluarkan.

Jika satu kupon tidak mencukupi, sebarang pembelian lain, juga akan memberikan anda satu kupon tambahan, namun ia tidak boleh digunakan bersama. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Epic Games Store: Jualan Promosi Musim Cuti

Sohor Kini