Deemo merupakan siri permainan rentak muzik yang sangat terkenal oleh Rayark Games di mana baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan permainan Deemo Reborn di konsol PlayStation 4.
Terkini, Rayark Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sekuel buat siri tersebut iaitu Deemo II yang mana mereka berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan adegan animasi.
Buat masa ini informasi lanjut masih belum diumumkan dan seperti biasa kami pasti akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.