Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, DLC ketiga buat permainan One Piece: World Seeker iaitu “The Unfinished Map” yang memfokuskan watal Trafalgar Law kini akhirnya mempunyai tarikh pelancaran iaitu ia bakal tiba lewat hari ini. September lepas, Bandai Namco baru sahaja melancarkan DLC kedua iaitu Where Justice Lies yang memfokuskan watak Sabo.

Seperti anda sedia maklum, One Piece: World Seeker merupakan permainan dunia terbuka berdasarkan siri anime One Piece yang dilancarkan awal tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

https://www.youtube.com/watch?v=HeugNcHDjeo&feature=emb_title

Melalui DLC ini, pemain akan bermain sebagai watak Trafalgar Law di mana pemain akan mengembara bersama watak Roule, iaitu seorang watak kanak-kanak yang diperkenalkan khas melalui permainan ini. Melaluinya, pemain akan ke Skypiea iaitu lokasi baharu di dalam kepulauan Sky Island.

DLC ini juga membenarkan pemain untuk melakukan pelbagai jenis serangan dan kemahiran Trafalgar Law termasuklah kuasa yang boleh mencipta satu bilik, dan dapat mengubah segala benda termasuk kedudukan badan manusia di dalam bilik tersebut.

Bagi anda yang berminat, DLC ini akan disertakan secara bersama buat mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Namun, ianya juga boleh dibeli secara berasingan dan harga DLC ini bermula RM40 secara berasingan dan RM89 untuk pas musim bagi platform Playstation 4.

Leave a Reply