Skip to main content

Google hari ini mengumumkan yang mana pembangun permainan Journey To The Savage Planet yang bakal dilancarkan Januari ini iaitu, Typhoon Studios kini menyertai barisan pembangun permainan di bawah Stadia Games And Entertainment.

Pengumuman ini merupakan buat pertama kalinya studio pembangun permainan menyertai Stadia Games And Entertainment, iaitu studio khas oleh Google yang memfokuskan pembangunan permainan video yang diumumkan sebelum ini.

Buat masa ini, informasi lain masih belum diumumkan. Namun pelancaran Journey To The Savage Planet di platform lain tidak akan terjejas di mana permainan tersebut masih lagi akan tiba di konsol dan PC menjelang 28 Januari 2020 ini.

Leave a Reply