Skip to main content

Oktober lepas, Activision melancarkan permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang mana ianya adalah olahan semula buat siri tersebut yang mana mereka bukan sahaja membuang pas musim permainan malah menukarkan kandungan permainan secara percuma, fungsi rentas-platform dan memperkenalkan Battle Pass.

Tindakan tersebut tampaknya membuahkan hasil di mana kini Activision mengumumkan yang mana permainan ini merupakan siri Call Of Duty tertinggi dari sesi permainan buat konsol generasi kini dengan hasil jualan melebihi RM4 bilion secara global dan lebih dari 500 juta jam sesi multi-pemain dan 300 juta pertarungan multi-pemain yang dimainkan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Call Of Duty: Modern Warfare juga memenangi permainan rekaan audio terbaik di The Game Awards 2019.

Byron Beede iaitu naib presiden dan pengurus Call Of Duty juga menyatakan yang mana pelancaran Modern Warfare sememangnya mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain di mana beliau juga menjanjikan pelbagai kandungan lain akan dilancarkan pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Activision dan Infinity ward juga baru sahaja melancarkan Battle Pass musim pertama buat permainan tersebut yang mana anda boleh membaca informasi lanjut di sini.

Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply