E3 2019 lepas, Ubisoft dan Apple mengumumkan kolaborasi mereka berkenaan siri TV buat platform Apple TV+ iaitu Mythic Quest: Raven’s Banquet akan tiba di platform tersebut di mana ianya merupakan siri TV yang memfokuskan satu syarikat pembangun permainan video.
Terkini, Apple akhirnya mengumumkan bahawa siri tersebut akan tiba secara eksklusif di Apple TV+ bermula 7 Februari 2020 ini. Melaluinya, siri ini akan menyertakan 9 episod secara serentak.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, siri ini diarah oleh Rob McElhenney dan Charlie Day di mana mereka sebelum ini terkenal dengan siri It’s Always Sunny In Philadelphia. Siri ini juga diterbitkan oleh Lionsgate, 3 Arts Entertainment dan Ubisoft.
Siri ini boleh dikatakan satu siri komedi yang memfokuskan keadaan harian di studio pembangun permainan dengan penuh jenaka dan penceritaan inovatif.
Apple TV+ telah pun dilancarkan di Malaysia dengan langganan serendah RM19.90 sebulan dan untuk informasi lanjut berkenaannya anda boleh ke artikel ini.