Tencent minggu ini melancarkan kemaskini versi 0.15.0 untuk PUBG Mobile Lite dan antara pembaharuan adalah ia menyertakan mod Deathmatch 4 lawan 4.
Berbeza dengan mod biasa, pemain yang terbunuh akan hidup semula dan dapat terus bermain untuk mendapatkan markah terbanyak pada satu jangka masa tertentu. Ia akan menyediakan sesi permainan yang lebih pantas.
Deathmatch bukanlah satu mod baharu untuk PUBG, ia sudah hadir untuk PUBG dan juga PUBG Mobile. Kemaskini lain yang disertakan adalah status rakan akan dipaparkan semasa bermain, ia juga menyertakan senjata dan peralatan baharu iaitu MK47 Rifile, Skorpion dan 3x/6x Scope.
PUBG Mobile Lite merupakan versi PUBG Mobile yang mesra peranti kelas permulaan.