Skip to main content

Pada bulan Oktober lepas, Riot Games telah mengumumkan yang mereka menubuhkan satu liga esukan baharu untuk permainan League of Legends iaitu Pacific Championship Series (PCS) untuk mengantikan liga The League Master Series dan Southeast Asia Tour (LST).

Minggu ini, mereka bersama dengan FunPlus Esports dan Garena mengumumkan yang liga tersebut akan bermula pada 8 Februari 2020. Selain itu mereka juga mengumumkan 9 pasukan yang akan menyertainya.

ahq eSport Club, Alpha Esports dan J Team dari Taiwan, G-Rex Gaming, Hong Kong Attitude dan Talon dari Hong Kong, Liyab Esports dari Filipina, Nova Esports dari Bangkok dan Resurgence dari Singapura. Liga ini akan disertai oleh 10 pasukan, di mana satu lagi pasukan akan diumumkan pada tahun hadapan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/lolpacific/

Leave a Reply