Skip to main content

Pos Malaysia nampaknya semakin aktif hadir dengan pelbagai jenis set setem untuk para remaja kembali aktif hobi mengumpul setem. Dari set ulang tahun Marvel 80-tahun, ulan tahun Batman ke-80 dan kini Star Wars pula. Sempena tayangan Star Wars: The Rise of Skywalker pada minggu ini, Pos Malaysia hadir dengan set setem bertemakan filem Star Wars kesembilan ini yang mana juga merupakan filem terakhir saga Skywalker.

Set setem ini dijual pada harga RM120 dan hanya akan dihantar kepada pembeli pada 30 Disember. Jadi, tidak kira beli sebagai untuk membuat koleksi atau hadiah Hari Krismas – ini adalah set setem yang menarik. Dengan harga RM120 ini, pembeli akan menerima 3 kepingan besar sete, yang mengandungi 11 setem, 3 sampul dengan setem, 2 poskad, 1 folder dan model kertas jet X-Wing T70.

Setiap setem memaparkan tema Star Wars: The Rise of Skywalker yang unik dan menarik. Ada yang memfokuskan Kylo Ren, ada yang fokus kepada Rey dan ada juga yang fokus kepada robot-robot dalam filem ini. Filem ini sudah pun ditayangkan pada minggu ini dan bagi peminat Star Wars, jangan hanya tonton filem sahaja – jemput beli set setem ini.

Leave a Reply