Square Enix hari ini mengumumkan yang permainan RPG mereka iaitu Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age telah diedarkan dan di beli secara digital sebanyak 5.5 juta unit. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.1 juta unit berbanding pengumuman mereka pada setahun yang lepas.

Permainan ini dikeluarkan pertama kali pada tahun 2017 untuk PlayStation 4 dan Nintendo 3DS, tetapi secara global, ia dikeluarkan pada tahun 2018 untuk PlayStation 4 dan PC sebelum turut dikeluarkan untuk Switch pada bulan September lepas.

Kejayaan ini bukanlah satu kejutan, kerana kami melaporkan sebelum ini yang ia merupakan permainan dengan jualan terbaik untuk siri ini. Kami juga pernah mengulas permainan ini dan menganggapnya antara permainan JRPG terbaik pernah dikeluarkan. Anda boleh baca ulasan melalui pautan ini – Ulasan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age – JRPG Terbaik Di Playstation 4

Sohor Kini