Skip to main content

Minggu lepas, The Game Awards 2019 iaitu acara tahunan untuk memberi anugerah kepada permainan-permainan terbaik sepanjang tahun 2019 telah selesai berlangsung di mana Sekiro: Shadows Die Twice diumumkan sebagai permainan terbaik untuk tahun ini.

Hari ini, akaun Twitter rasmi untuk acara anugerah tersebut telah mengumumkan yang penstriman langsung The Game Awards 2019 telah menerima 45.2 juta jumlah tontonan iaitu peningkatan sebanyak 73% berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 26 juta tontonan.

Bercakap mengenai kejayaan ini, Geoff Keighley iaitu penerbit untuk The Game Awards 2019 mengatakan yang ia membuktikan pilihan untuk acara ini distrim langsung secara digital berbanding melalui TV adalah keputusan yang tepat.

Sejak pertama kali dianjurkan pada 5 tahun lepas, The Game Awards 2019 terus menjadi antara acara anugerah popular untuk industri permainan video. Tahniah kami ucapkan untuk semua yang terlibat.

Leave a Reply