Dragon Ball Z: Kakarot iaitu permainan RPG berdasarkan penceritaan Dragon Ball Z akan tiba tidak lama lagi, pelbagia maklumat telah dikongsi termasuk juga kelebihan mengumpul 7 mutiara naga.

Minggu ini, Bandai Namco berkongsi video pembukaan untuk permainan tersebut yang sudah semestinya membawa kembali nostalgia apabila ia menggunakan lagu Cha-La Head-Cha-La yang sudah sebati dengan siri ini.

Video tersebut anda boleh tontonnya di bawah.

Daripada video pembukaan ini, boleh dilihat pelbagai adegan daripada siri ini yang dihasilkan semula menggunakan rekaan grafik untuk permainan ini.

Dragon Ball Z: Kakarot akan dikeluarkan pada 17 Januari 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini