Skip to main content

Ketika sesi sidang media ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational yang berlangsung hari ini, Carlos Alimurung iaitu ketua pegawai eksekutif One Esports mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan kejohanan Dota 2 Singapore Major pada Jun 2020 ini.

Seperti kejohanan yang bakal berlangsung hujung minggu, kejohanan Singapore Major bakal dianjurkan dengan kerjasama bersama PGL dan One Esports di mana ianya bakal diadakan pada 20 hingga 28 Jun 2020 ini di Indoor Stadium, Singapura.

Dengan wang hadiah terkumpul sehingga $1 juta, iaitu sekitar RM4 juta, acara tersebut juga akan sertakan 15,000 markah DPC (Dota Pro Circuit) dan bakal menjadi acara kejohanan Major terpenting sebelum kejohanan terbesar The International tahun hadapan.

Menurut Carlos Alimurung lagi, Singapore Major akan menempatkan pasukan yang akan dijemput sahaja. Namun dari segi informasi lain, ianya akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply