Uniqlo Bakal Menawarkan Tshirt Fortnite Bermula 20 Disember Ini

Jika Tshirt Uniqlo sebelum ini yang banyak menggunakan rekaan berdasarkan pop culture tidak menarik minat anda, mungkin kolaborasi Uniqlo bersama dengan Fortnite ini menjadikan anda lebih berminat.

Melalui penyenaraian di kedai dalam talian mereka, Tshirt Fortnite ini akan datang pada 20 Disember, namun rekaan untuknya masih tidak diperlihatkan di laman Uniqlo di Malaysia, tetapi sudah ada di laman negara lain.

Berikut adalah antara rekaan yang ada;

Seperti biasa harga untuk Tshirt adalah RM59.90 manakala Hoodie adalah RM129.90. Adakah anda pemain Fortnite yang merasakan pakaian ini adalah satu keperluan?

Sohor Kini