Di acara Blizzcon pada tahun 2018, Blizzard telah mengumumkan yang mereka bakal membawa kembali permainan Warcraft III dengan versi penambah-baikkan melalui Warcraft III: Reforged.
Semasa pengumuman tersebut mereka mengatakan yang ia akan tiba pada tahun ini. Namun, minggu ini, Blizzard mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 29 Januari 2020.
Warcraft III: Reforged akan menyertakan permainan asal Warcraft III: Reign of Chaos bersama dengan penambahan The Frozen Throne. Blizzard sebelum ini mengatkan yang versi ini bukan sahaja mempunyai visual grafik yang lebih baik malah mereka mengolah semula aset-aset model permainan tersebut kepada visual grafik terkini.
Ia kini boleh di pra-tempah dengan harga $29.99(RM124) untuk versi biasa ataupun $39.99(RM165) untuk edisi Spoils of War yang akan menyertakan kostum untuk Arthas, Cenarius, Jaina dan Thrall bersama dengan pelbagai barangan di dalam permainan untuk permainan World of Warcraft, Hearthstone dan Diablo III.
Jika anda ingin kembali bermain kembali ataupun pertama kali ingin mencuba permainan yang dikeluarkan pada tahun 2002, mungkin ini adalah versi terbaik untuk anda melakukannya.
[info]BattleNet: Warcraft III: Reforged[/info]