Luigi’s Mansion 3 sudah dilancarkan pada bulan Oktober lepas dan telah menerima reaksi yang positif, bahkan pada acara The Game Awards 2019 lepas, ia memenangi anugearah permainan keluarga terbaik, mengalahkan permainan Nintendo lain termasuk juga Super Smash Bros. Ultimate.
Minggu ini, Nintendo mengumumkan yang permainan tersebut akan menerima pek DLC yang memfokuskan multi-pemain. Ia akan hadir secara 2 pek berasingan tetapi tidak boleh dibeli secara berasingan, sebalinya dijual dengan satu harga iaitu $9.99 (RM41.37).
Pek pertama akan tiba pada 30 April 2020 yang menyertakan tiga permainan baharu untuk mod ScreamPark dan tiga kostum dan juga aksesori baharu iaitu Flashlight Type-P. Manakala pek kedua akan tiba pada 31 Julai 2020 akan tetapi maklumat mengenainya masih tidak dikongsi.
Luigi’s Mansion 3 sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.