Respawn Mengumumkan Kejohanan Apex Legends Global Series

EA dan Respawn Entertainment hari ini mengumumkan kejohanan Apex Legends Global Series yang akan menyertakan pertandingan secara dalam dan juga luar talian untuk merebut hadiah terkumpul lebih daripada $3 juta (RM12 juta). Ia akan dianjurkan EA dan Respwan sendiri ataupun oleh penganjur kejohanan esukan seperti PGL dan GLL.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua pemain dari 60 negara yang terpilih, berumur 16 tahun dan keatas dan juga mempunyai spesifikasi PC yang mencukupi.

Kejohanan dalam talian pertama akan berlangsung pada 25 Januari 2020 dan pendaftaran pasukan akan dibuka pada awal Januari. Setiap pasukan akan berpeluang untuk mendapat Apex Legends Global Series Points dan jemputan untuk kejohanan Major pertama yang akan berlansung pada 13-15 Mac 2020.

EA dan Respawn merancang untuk melakukan 4 kejohanan Major, iaitu 3 pertama akan disertai oleh 100 pasukan dari sekitar dunia dan yang keempat adalah Apex Legends Global Series Championship yang akan disertai oleh 60 pasukan terbaik untuk merebut hadiah terkumpul $1 juta (RM4.14 juta).

Untuk maklumat lanjut mengenai Apex Legends Global Series dan juga peraturan rasmi anda boleh layari http://www.playapex.com/algs

Sohor Kini