November lepas ketika Level UP KL, SIE Worldwide Studios mengumumkan yang mereka bakal menubuhkan satu studio pembangunan di Malaysia. Sebagai persediaan untuk pembukaan tersebut, Product Development Services Group untuk PlayStation sedang mencari pengarah kanan yang akan menyelia inisiatif tersebut termasuk juga pembangunan studio di masa hadapan.
Jawatan kosong tersebut telah disenaraikan di LinkedIn, di mana antara tugasan yang dinyatakan adalah menyelia pembangunan dan pembinaan studio di Malaysia dan juga bekerjasama dengan universiti tempatan untuk menyediakan latihan, latihan industri dan juga peluang pekerjaan.
Pengarah kanan ini akan melaporkan terus kepada naib presiden Product Development Services Group untuk PlayStation. Ini merupakan satu lagi kemajuan untuk industri pembangunan permainan video di Malaysia.