Koei Techmo minggu ini mengumumkan muzik latar untuk permainan JRPG Atelier Ryza: Ever Darkness dan the Secret Hideout kini boleh distrim melalui Spotify.

Anda boleh mencari album ini di Spotify ataupun melalui pautan berikut: http://open.spotify.com/album/18daYwaNAlhwSiQIZO7K8B. Ia menyertakan 61 muzik termasuk juga lagu tema untuk permainan tersebut “Rainbow Summer” oleh Sayaka Kanda.

Atelier Ryza: Ever Darkness dan the Secret Hideout merupakan permainan terbaru untuk siri ini, di mana ia sudah pun dilancarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC.

Sohor Kini