Skip to main content

Square-Enix minggu ini baru sahaja memfailkan tanda dagang untuk NieR, iaitu permainan aksi yang dilancarkan oleh Square-Enix dan dibangunkan oleh Platinum Games pada 2010 lepas di konsol Xbox 360 dan PlayStation 3.

Seperti anda sedia maklum, siri tersebut menjadi sangat terkenal sejak pelancaran NieR: Automata pada 2017 lepas yang mana permainan tersebut telah mencapai jumlah edaran melebihi 4 juta salinan.

Menariknya, menjelang 2020 ini, Square-Enix dan Platinum Games akan melancarkan laman khas sempena ulang tahun ke-10 buat siri tersebut, sekaligus membuatkan kami berasa bahawa mereka mungkin akan membawa semula permainan NieR, bersama-sama dengan pemfailan tanda dagang ini menjelang tahun hadapan.

Meskipun begitu, buat masa ini Square-Enix masih belum mengumumkannya secara rasmi dan kami pasti akan mengemaskininya jika terdapat sebarang pengumuman.

Leave a Reply