Melalui laporan Bloody Disgusting, Capcom hari ini tampaknya baru sahaja memfailkan tanda dagang untuk nama “Dino Crisis” dan “Darkstalkers” di Jepun. Kenyataan ini adalah berdasarkan akaun Twitter bot yang mengemaskini senarai tanda dagang di Jepun.

Menariknya, selain daripada kedua-dua permainan tersebut, Capcom juga memfailkan tanda dagang Power Stone, iaitu juga salah satu permainan klasik oleh Capcom.

Semestinya buat masa ini sebarang informasi masih belum dikongsikan dan ini mungkin hanya tindakan Capcom memfailkan tanda dagang untuk permainan klasik mereka tanpa sebarang kemaskini berkenaannya.

Meskipun begitu, dengan pelbagai permainan olahan semula yang dilancarkan oleh Capcom termasuklah permainan akan datang Resident Evil 3, kita mungkin bakal melihat Regina dan Morrigan kembali sebagai permainan olahan semula pada masa akan datang.

Sohor Kini