Creative Assembly dan Sega minggu ini mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan strategi Total War: Three Kingodms iaitu Mandate of Heaven akan dikeluarkan pada 16 Januari 2020.

Mandate of Heaven memfokuskan kepada kejadian yang berlaku sebelum kejadian di dalam permainan asal di mana Emperor Liang terpaksa berdepan dengan perebutan kuasa dan juga ancaman puak Yellow Turban.

Melalui penambahan ini, ia akan menyertakan 6 puak baharu, termasuk juga Han Empire, 5 puak tersedia tetapi akan mempunyai penceritaan dan permulaan baharu, 9 watak unik seperti adik beradik Zhang dan Emperor Ling dan juga 40 unit baharu seperti mesin pengepungan.

Mereka juga berkongsi trailer pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Mandate of Heaven merupakan penambahan utama ketiga selepas Eight Princess dan Yellow Turban Rebellion. Ia kini boleh di pra-tempah dengan harga promosi iaitu RM32.40 berbanding harga asal RM36.

Total War: Three Kingdoms sudah dikeluarkan untuk PC.

Sohor Kini