Skip to main content

Bandai Namco hari ini berkongsi satu video acah baharu buat permainan One Piece: Pirate Warriors 4 yang mana mereka memfokuskan watak Big Mom dan Kaido sebagai watak yang boleh dimainkan buat permainan tersebut.

Melalui video acah tersebut, kapten lanun Big Mom iaitu Charlotte Linlin dan Jeneral lanun Beast iaitu Kaido diperlihatkan dengan lebih lanjut seperti kemahiran bertempur mereka dan juga saiz mereka yang sangat besar.

Ini juga sekaligus membuatkan segala kemahiran serangan mereka sangat berkuasa dan Kaido juga berupaya untuk menukar kepada seekor naga dan bertempur sebagai seekor naga dengan pelbagai serangan udara yang menarik.

Siri One Piece: Pirate Warriors merupakan permainan beraksi dengan bentuk “Musou” yang diperkenalkan oleh Koei Tecmo dan Omega Force. Kini sebagai pembangun permainan ini bersama penerbit oleh Bandai Namco, mereka akan membawa permainan ke-4 buat siri tersebut yang mana ianya menyertakan pelbagai watak dari siri anime terkenal One Piece.

One Piece: Pirate Warriors 4 bakal tiba secara rasmi pada 27 Mac 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply