September lepas, Rockstar Games memperkenalkan Outlaw Pass dan Frontier Pursuits yang mana ianya merupakan kemaskini terbesar buat permainan tersebut.

Terkini Rockstar Games mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan lagi kemaskini Red Dead Online dengan kemaskini seterusnya iaitu Red Dead Online: Moonshiners bersama-sama dengan langganan Outlaw Pass baharu.

Melalui kemaskini Moonshiners, ianya adalah peranan baharu untuk Frontier Pursuit yang pemain boleh lakukan dan kali ini pemain berupaya untuk membina empayar bisnes menjual arak Moonshine. Moonshiners juga memerlukan pemain untuk mempunyai peranan Trader dengan peringkat 5 ke atas sebelum berupaya untuk menghasilkan arak tersebut.

Seperti biasa, peranan Moonshiners ini juga akan sertakan pelbagai kandungan khas seperti senjata Moonshine Jug berapi, rekaan senapang patah khas, kuda baharu dan sebagainya.

Selain itu, Outlaw Pass 2 juga diumumkan yang mana seperti biasa ianya akan menyertakan pelbagai ganjaran secara 100 peringkat. Untuk senarai penuh kemaskini tersebut, anda boleh ke pautan ini.

Bagi anda yang masih lagi belum mencuba mod atas-talian Red Dead Redemption, iaitu Red Dead Online, permainan tersebut sudah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Rockstar Games juga mengumumkan pelbagai kemaskini lain yang akan mereka sertakan bersama termasuklah keseimbangan permainan dan keupayaan untuk menukar senjata dengan pantas. Untuk senarai penuh kemaskini, anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini