Skip to main content

Magic: The Gathering adalah permainan kad yang sangat popular, sebelum ini sebagai kad permainan fizikal kini ia juga hadir sebagai permainan kad digital. Mengembangkan lagi permainan mereka, Perfect World Entertainment dan Cryptic Studio mengumumkan Magic: Legends iaitu permainan MMO berdasarkan dunia permainan kad tersebut.

Mereka mengatakan Cryptic Studios yang bertanggungjawab membangunkan permainan tersebut sudah bermula pada tahun 2017 dan ia adalah berterusan daripada kerjasama untuk membangunkan MMO Neverwinter.
 
Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan diumumkan pada Januari 2020 dan pemain boleh mula mendaftar minat melalui laman PlayMagicLegends.com untuk berpeluang mendapat akses bagi versi beta yang akan tiba pada tahun hadapan.

Leave a Reply