Skip to main content

Sebelum ini, SEGA memperlihatkan permainan Humankind dengan lebih lanjut yang mana ianya adalah permainan strategi pengurusan yang menyertakan pelbagai zaman.

Terkini ketika acara The Game Awards 2019, mereka memperlihatkan satu video acah baharu yang mana permainan tersebut akan memfokuskan bentuk sistem “avatar” baharu yang mana pemain boleh menghasilkan watak tersendiri.

Tidak seperti siri Civilization yang menyertakan pelbagai watak bersejarah, Humankind akan memfokuskan pemain untuk menghasilkan watak tersendiri untuk pemain mengurus zaman dan tamadun tersebut.

Menariknya, melalui video acah di atas, mereka juga memperlihatkan sebilangan bentuk permainan baharu seperti bentuk pertempuran, pembinaan dan juga pengembaraan.

Humankind dibangunkan oleh Amplitude Studios dan dilancarkan oleh SEGA. Ianya disahkan bakal tiba tahun hadapan di PC melalui Steam.

Leave a Reply