Ketika acara The Game Awards 2019 minggu lepas, Deep Silver dan Tripwire mengumumkan permainan simulasi ikan jerung, iaitu Maneater yang mana ianya bakal tiba pada 22 Mei 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Epic Games Store.
Maneater meletakkan pemain untuk bermain sebagai seekor ikan jerung dan perlu memburu manusia dengan memakan mereka. Pemain juga kelihatan berupaay untuk menggunakan pelbagai jenis jerung dan bertempur dengan pelbagai jenis senjata yang akan digunakan oleh manusia.
Semestinya permainan mengingatkan kami seakan satu lagi permainan dengan konsep yang sama iaitu Hungry Shark World oleh Ubisoft. Meskipun begitu, melalui Maneater, ianya kelihatan mempunyai visual yang lebih ganas dan nyata yang mana pasti akan menarik minat buat mereka yang gemarkan siri filem Jaws beberapa tahun lepas.