Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan perlawanan seterusnya berdasarkan siri anime My Hero Academia iaitu My Hero One’s Justice akan dilancarkan Mac tahun hadapan.

Terkini, Bandai Namco memperlihatkan satu video acah baharu yang mana mereka memperlihatkan edisi terhad buat permainan tersebut buat pertama kali dan beberapa watak yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Antara watak baharu yang diperlihatkan adalah Sir. Nighteye, Overhaul, Fat Gum, Tamaki Amajiki, Nejire Hado, Mina Ashido, Minoru Mineta, Mr. Compress dan Twice.

Selain itu bentuk permainan dua lawan dua juga diperlihatkan yang mana watak kedua boleh dimainkan oleh pemain, sekaligus meletakkan 4 pemain boleh bertempur dalam masa yang sama. Manakala fungsi pengubah-suaian kostum juga kembali di dalam permainan ini yang mana pemain boleh mengubah kostum watak adiwara dan penjahat di samping meletakkan pelbagai jenis aksesori.

Menariknya juga, Bandai Namco juga memperlihatkan edisi terhad permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh My Hero One’s Justice 2
  • Kad “Shikishi” My Hero Academia
  • Bekas besi khas
  • Kotak pengumpul khas
  • Rantai kunci Deku dan Overhaul
  • Lencana khas Deku dan Overhaul
  • Figura Deku khas bersaiz 20cm dengan lampu LED

Bandai Namco juga umum bonus pra-tempah yang mana pemain berupaya untuk dapatkan watak Nomu dan dua watak yang boleh didapatkan awal permainan secara bersama.

My Hero One’s Justice 2 akan dilancarkan pada 13 Mac 202 di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Leave a Reply