Di acara The Game Awards 2019, Green Day telah membuat persembahan, dan ada acara yang sama diumumkan yang Beat Saber mengeluarkan pek muzik Green Day.
Pek ini menyertakan 6 lagu iaitu “American Idiot”, “Father of All”, “Boulevard of Broken Dreams”, “Holiday”, “Fire, Ready, Aim”, “Minority”. Ia boleh dibeli secara berasingan ataupun di dalam satu pek.
Di Steam ia dijual dengan harga RM24.72 satu pek ataupun RM5.50 untuk setiap satu lagu, manakala di platform lain ia ditawarkan dengan harga $8.99 (RM37) satu pek ataupun $1.99(RM8.24) satu lagu.
Beat Saber sudah dikeluarkan secara realiti maya untuk PC, PSVR dan Oculus.