Seperti yang dijanjikan oleh Capcom sebelum ini, mereka akan mengumumkan satu lagi watak DLC buat permainan Street Fighter V bersama-sama dengan pengumuman edisi lengkap Street Fighter V: Champion Edition.

Terkini, mereka akhirnya memperlihatkan watak DLC tersebut iaitu Seth, watak ketua musuh di dalam permainan Street Fighter IV sebelum ini dan merupakan watak ke-40 buat Street Fighter V.

Melalui Street Fighter V kali ini, Seth mempunyai rupa baharu yang mana ianya adalah berdasarkan badan Doll Unit Zero, namun beliau masih lagi mengekalkan suara dan kemahiran yang sama dengan Seth sebelum ini. Menariknya, Capcom juga menyertakan sebilangan kemahiran V-Trigger baharu buat watak tersebut yang mana pasti akan memberi peluang kombinasi serangan yang menarik buat pemain.

Seth akan tiba secara rasmi menjelang Februari ini, bersama-sama dengan pelancaran edisi lengkap Champion Edition.

Street Fighter V: Champion Edition akan dilancarkan secara rasmi menjelang 14 Februari 2020 di PlayStation 4 dan PC. Ia adalah edisi lengkap permainan tersebut yang menyertakan kesemua kandungan tambahan watak, kostum, lokasi dan sebagainya.

Sohor Kini