Sebelum ini kami berkongsi yang mana pencipta siri Danganronpa iaitu Kazutaka Kodaka sedang membangunkan permainan baharu yang berbentuk FMV (Full Motion Video) iaitu Death Come True. Terkini melalui akaun rasmi Twitter permainan tersebut, mereka berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaannya.

Antaranya adalah platform permainan tersebut yang mana ianya bukan sahaja bakal tiba di konsol, ianya juga bakal tiba di peranti telefon pintar.

Menurut mereka, Death Come True akan tiba di PlayStation 4, Switch dan juga PC. Manakala dari segi peranti telefon pintar, ianya bakal;tiba di iOS dan juga Android. Namun menurut pembangun, senarai ini bukan senarai akhir dan ianya mungkin akan diubah kelak.

Selain itu. video acah pertama Death Come True juga diperlihatkan dengan watak Makoto Karaki yang dilakonkan oleh Kanata Hongo dan watak Akane Sachimura iaitu seorang anggota polis yang dilakonkan oleh Chiaki Kuriyama.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini akan bertempatkan di sebuah hotel di mana watak Makoto Karaki disyaki sebagai pembunuh untuk pembunuhan bersiri. Namun beliau terbangun di hotel tersebut tanpa sebarang memori. Akan tetapi, beliau mempunyai satu kemahiran iaitu “Time Leap” di mana beliau berupaya untuk kembali ke saat sebelum dia mati, di mana pemain akan menyelesaikan misteri permainan ini melaluinya.

Semestinya berdasarkan video acah di atas, permainan ini mengingatkan kami seakan permainan Zero Escape dan 428: Shibuya Scramble yang mana pasti akan menarik minat buat mereka yang menyukai permainan misteri pembunuhan.

Sohor Kini