Bermula 12 Disember lepas sehingga 7 Januari 2020, Apex Legends menganjurkan acara khas masa terhad iaitu Mirage’s Holo-Day Bash yang menyertakan pelbagai ganjaran serta mod baharu.

Mod masa terhad yang disertakan adalah Winter Express di mana tiga pasukan akan bertempur untuk merampas kereta api World’s Edge. Setiap pemain akan mendapat senjata yang sudah ditetapkan. Pemain yang terbunuh akan hidup semula dan juga boleh menukar watak pada bila-bila masa.

Terdapat juga pelbagai cabaran yang bila diselesaikan akan memberi pemain pelbagai ganjaran. Termasuk juga barangan yang khas untuk acara ini.

Mereka juga mengumumkan 24 kosmetik baharu berdasarkan acara ini, pemain boleh membeli secara terus menggunakan Apex Coins dan Crafting Metals ataupun melalui Event Apex Packs. Bagi yang inginkan kawasan baharu, Town Takeover juga akan hadir senasa acara ini iaitu The Mirage Voyage.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini