Setelah lancarkan fungsi rentas-platform buat permainan Minecraft minggu lepas di konsol PlayStation 4, Sony dan Mojang minggu ini melancarkan permainan Minecraft Starter Collection secara rasmi di konsol tersebut.

Buat masa ini, Minecraft Starter Collection tersebut dilancarkan secara digital dahulu pada 13 Disember 2019 lepas manakala versi fizikal akan tiba pada 16 Januari 2020 ini. Menurut Sony, kedua-dua versi tersebut akan dijual dengan harga RM129.

Minecraft Starter Collection merupakan permainan penuh Minecraft yang menyertakan kemaskini Bedrock secara bersama. Semestinya kemaskini tersebut juga tiba buat semua pemilik permainan Minecraft, namun melalui versi ini mereka juga akan menyertakan beberapa kandungan digital tambahan seperti:

  • Permainan penuh Minecraft
  • 700 PS4 Token
  • Pek kostum Minecraft 1
  • Mash-Up mitologi Yunani
  • Pek tekstur bandar Minecraft
  • Mash-Up Little Big Planet

Bagi anda yang berminat, versi digital telah pun dilancarkan di PSN Store dengan harga RM129. Manakala bagi versi fizikal, ianya akan tiba di pasaran Malaysia melalui pengedar rasmi PlayStation menjelang 16 Januari 2020 ini.

Sohor Kini