Skip to main content

The Game Awards adalah acara sambutan permainan video dan e-sukan peringkat global. The Game Awards 2019 telah pun berlangsung pada 13 Disember, iaitu hari Jumaat lepas. Semasa acara itu sedang berehat, sebelum segmen baharu bermula – video acah baharu Birds of Prey telah diperlihatkan. Tidak banyak pun yang diperlihatkan dalam video acah ini, tetapi pendapat saya – ia mungkin akan menjadi filem menarik DCEU pada tahun 2020 sebelum Wonder Woman 1984 ditayangkan.

Birds of Prey adalah filem sampingan DC Universe yang mengisahkan Harley Quinn, di pasca Suicide Squad. Harley Quinn ingin teruskan kehidupan beliau sebagai wanita yang oleh berdiri dengan kaki sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Joker. Dalam pada itu, beliau telah merekrut beberapa wanita berkebolehan lain bagi menentang pasukan penjenayah para lelaki. Jadi filem ini adalah pasukan wanita vs lelaki? Black Canary, Huntress, Cassandra Cain dan Renee Montoya berada dalam pasukan Harley Quinn dan akan menentang Black Mask dan juga Victor Zsasz.

Filem ini akan ditayangkan pada 6 Februari 2020 di Malaysia. Manakala, Wonder Woman 1984 pula akan ditayangkan pada 4 Jun 2020.

Leave a Reply