Informasi Permainan Video Terkini
The Wolf Among Us dan The Escapist Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store
PC

The Wolf Among Us dan The Escapist Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Diterbitkan pada Dis 15, 2019 oleh .

Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan tambahan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Sebelum ini mereka telah mengumumkan The Escapist, namun selepas The Wolf Among Us diumumkan akan menerima sekuel, mereka juga menawarkan permainan yang pertama secara percuma.

The Wolf Among Us merupakan permainan yang dibangunkan oleh Telltale Games, ia menggunakan watak berdasarkan buku komik Fable oleh Bill Willingham. Ia dikeluarkan pada akhir 2013 dan episod terakhir tiba pada tahun 2014.

Manakala The Escapist pula adalah permainan strategi daripada pandangan atas yang memerlukan anda melarikan diri daripada penjara. Ia dibangunkan oleh Mouldy Toof Studios dan diterbitkan oleh Team 17. Ia sudah dikeluarkan untuk hampir semua platform termasuk juga permainan mudah alih sejak tahun 2015.

Anda boleh menebus permainan ini untuk terus dimiliki bermula sekarang sehingga 12 pagi pada 20 Disember 2019. Jangan lepaskan peluang ini.

Epic Games Store: The Wolf Among Us

Epic Games Store: The Escapist


TIPS & ULASAN